Monday, April 1, 2013


CARA FORMAT SAMSUNG GALAXY Y

Bagi yang mengalami masalah pada Samsung Galaxy Y masing-masing, antara cara yang korang boleh lakukan ialah format semula phone tersebut kembali ke keadaaan asal.Biasanya phone tersebut perlu di format apabila mengalami masalah seperti dibawah :
1- Stuck pada logo Samsung.
2- Phone kerap restart/reboot dengan sendiri.
Cara ni juga boleh digunakan untuk menukar kernel Galaxy Y kepada kernel asal seperti mula-mula beli.Ini biasa berlaku kepada pengguna yang dah pun upgrade phone masing-masing dan guna custom rom+custom kernel pada phone tersebut.
Ikut langkah tutorial dibawah tentang cara mudah format Samsung Galaxy Y :
1- Download firmware asal Galaxy Y kemudian extract ke dalam 1 folder.
    [Download]
2- Download Odin kemudian extract dan letakkan di desktop.
    [Download]
3- Pastikan driver Galaxy Y dah pun di install pada komputer korang.
4- Offkan phone masing-masing.Bagi yang tersekat [stuck] pada logo samsung, tekan power button selama 10-15 saat dan phone korang akan off sendiri.
5- Masuk ke dalam Odin Mode [Download Mode] dengan cara tekan button home + power button + volume down secara serentak sehingga download mode muncul.Ikut arahan pada skrin phone korang.[tekan volume up untuk masuk ke dalam Odin mode]
6- Buka Odin dan isikan tempat kosong pada odin tersebut mengikut gambar dibawah.Pastikan sama.
p/s- Pada bahagian “ID : COM ” ia akan berwarna kuning bila phone berjaya di detect.
7- Sambungkan phone korang tadi dan biarkan Odin kesan phone tersebut.
8- Tekan start bila phone dah di kesan kemudian tunggu sehingga proses selesai.
9- Phone korang akan reboot sendiri bila selesai dan sila tunggu sehingga proses reboot selesai.
10- Enjoy stock rom pada phone masing-masing.
Menggunakan stock rom pada Galaxy Y bukan lah satu perkara yang menyeronokkan.Aku amat mengesyorkan agar korang upgrade phone tersebut dan gunakan custom rom seperti rom Jellyblast V3.
Jangan lupa sertai facebook page soleheendotcom untuk lebih banyak tips dan tutorial android ataupun bertanyakan soalan kepada krew kami jika terdapat sebarang masalah.

1 comment:

  1. pda, phone dan csc.. kena wat mcm mne ehhh die xley bace... tlong tjuk ajar

    ReplyDelete